Friday, December 4, 2009

Pelaburan Emas Untuk Masa Depan

Simpan Emas Untuk Tunaikan Haji di Mekah



Salam sahabat emas…Beberapa hari yang lepas , seorang pembeli emas dari Kemaman , Terengganu menyatakan beliau ingin mencadangkan kepada ibubapa beliau supaya membeli emas sebagai simpanan untuk menunaikan haji di Mekah.Bila difikir , dikaji dan direnung memang betul dan bijak tindakan beliau.Walaupun beliau masih muda , namun pemikiran jauh ke depan.

Andai kata anda mempunyai duit kertas dengan nilai RM20,000.00 dalam simpanan.Adakah nilai RM20,000.00 akan bertukar menjadi RM40,000.00 , tentu tidak kan.Tapi kalau anda mempunyai emas fizikal dengan nilai RM20,000.00.Adakah nilai emas fizikal yang anda miliki akan menjadi RM40,000 , jawapannya YA kerana purata kenaikkan emas dalam masa setahun adalah 27%.

So jika anda simpan emas fizikal dengan nilai tahun ini . anda tidak perlu bimbang walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat kerana kenaikkan harga emas yang anda miliki boleh mengatasi kenaikkan harga kos menunaikan haji di Mekah.

sekian, jumpa lagi

copy from emaskini

Mas Kahwin & Hantaran

Apabila sampai musim cuti sekolah maka ramai orang buat kenduri kahwin,,, kadang-kadang sampai 3 hingga 4 tempat dalam 1 hari... alangkah eloknya kalau masing-masing jadikan barang hantaran atau mas kahwin tu terdiri dari emas jokong atau dinar sebab nilainya kekal. kalau duit, cepat habis. kalau barang2 seperti kasut, songkit dan lain2 nanti buruk dan rosak... kalau emas insyaallah kekal dan boleh buat waris sampai anak cucu… kalau berminat boleh call kami…





Gambar Ihsan dari Pokli.com

Pelaburan Emas Untuk Masa Depan

Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini sihat dan ceria seperti biasa, cuma terlalu sibuk dengan seminar, training dan kerja.
Tapi Alhamdulillah saya dapat luangkan masa untuk menulis artikel ini dan berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.

Penting nie.. panduan apa yang patut dibuat bila harga emas meningkat dengan banyak. Beli atau tak beli?

Tapi sebelum itu, mari kita lihat prestasi harga emas sekitar tahun 2009. Berapa banyak harga emas dah naik?

Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak 37%

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz

Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie...

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.
Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal. So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?
Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.... hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kenapa harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?
Baiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market. Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia. Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.

Bagi saya buku ini adalah diantara buku yang terbaik mengenai pelaburan emas.
Memang sangat informatif. Bagi sesiapa yang betul-betul berminat mengenai pelaburan emas, buku ini patut dimiliki. Anda boleh beli buku ini kat www.amazon.com

Di dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik(perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.
2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.
3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas
4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

Ok then, selamat membuat pelaburan emas

copy from jutawanemas.com

Elok Melabur Dalam Bentuk Emas



Kenyataan DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu di dalam blognya:

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu.

Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Arkib Utusan Malaysia / 14-11-2009