Sunday, September 13, 2009

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG YANG SABAR

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG YANG SABAR
DI DALAM al-Quran terdapat tidak kurang 94 perkataan `sabar'. Secara mudah hakikat ini menggambarkan betapa sifat sabar amat dituntut supaya dimiliki oleh umat Islam yang beriman.
Dalam surah awal al-Baqarah, perkataan sabar dinyatakan tujuh kali. Antaranya ialah: ``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagaipenolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' - Ayat 153.
``Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' - Ayat 155.
Mualim membangkitkan peri pentingnya sifat sabar ini kerana di zaman ini umat Islam semakin hilang kesabaran sedangkan Allah menuntut kitabersabar. Anda boleh menyaksikan betapa banyak sifat tidak sabar dizahirkan pada setiap hari di sekeliling kita, sama ada dalam perjalanan ke pejabat, di pejabat, kawasan perumahan dan kompleks beli-belah.
Jika anda menunaikan fardu haji, anda juga akan mendapati betapa ramai jemaah haji tidak memiliki sifat sabar. Mereka terlupa atau barang kali tidak mengetahui bahawa Allah sentiasa beserta dengan orang yang sabar. Bagaimana mahu mendapat ibadat haji yang mabrur jika tidak mengendahkan peringatan Allah yang berulang-ulang dalam al-Quran ini. Barangkali mereka hanya membaca al-Quran dalam bahasa Arab dan tidak pernah mengambil tahu maksud ayat-ayatnya.
Sifat sabar ini boleh menghasilkan kemenangan dalam peperangan. Inilah rahsia kemenangan 313 pejuang Islam ke atas lebih 1,000 tentera musyrikin dalam perang Badar. `Hai Nabi (Muhammad), kobarkan semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan 1,000 daripada orang-orang kafir yang tidak mengerti.'' 8:65.
Agak aneh bahawa pada hari ini kesabaran tidak menjadi pegangan kuat umat Islam. Apakah mereka tidak percaya kepada janji2 Allah? Jika begitu, tidaklah mereka tergolong sebagai orang beriman. Tidakkah mereka melihat bahawa sifat sabar telah memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa yang maju di dunia. Lihat sahaja bangsa Jepun yang memiliki daya kesabaran yang tinggi. Cara mereka duduk berlipat kaki berjam-jam sudah menunjukkan betapa mereka ini bangsa yang sabar. Barang kali cara duduk itu juga melatih mereka supaya bersabar.
Peraturan Di jalan raya, orang Jepun sangat sabar mematuhi had laju dan lain-lain peraturan lalu lintas. Mualim yang pernah mengunjungi Jepun sebanyak empat kali, berpeluang menyaksikan kesabaran mereka sama ada ketika bekerja atau lain-lain urusan kehidupan. Para pekerja pengutip sampah akan membersihkan tong sampah sehingga tiada sedikit pun saki-baki. Trak membawa sampah juga dibersihkan sehingga kelihatan seperti trak baru.
Kesabaran menjadi asas ketahanan dan ketekunan mereka dalam menjalankan apa jua kerja. Mualim pernah menaiki bas ekspres selama tiga jam di lebuh raya yang had lajunya hanya 70 km/j bagi kenderaan berat. Tidak sesaat pun bas itu melebih had laju tersebut. Di Malaysia dan kebanyakan negara Arab, para pemandu yang beragama Islam kadang kala berlumba dengan kereta-kereta biasa.
Sebenarnya, orang yang tidak sabar akan mudah melakukan kesilapan dalam apa jua yang mereka lakukan. Mereka lekas marah dan sering kali tidak dapat berfikir dengan waras, apatah lagi bijak. Jika kita mengkaji negara-negara yang kurang maju di dunia, kita akandapati bahawa kebanyakan rakyat mereka tidak mempunyai daya kesabaran yang tinggi. Mereka suka bergaduh dan tidak berdisiplin. Kesabaran sebenarnya adalah disiplin diri yang terbukti menjadi faktor kejayaan. Itulah janji Allah kepada umat yang diberikan kitab al-Quran, tetapi mereka tidak menghiraukannya.
Di kalangan orang-orang Islam yang kononnya mendapat pendidikan agama yang tinggi, sifat tidak sabar juga sering terserlah melalui tutur kata yang tidak sopan dan kesat kerana kemarahan terhadap musuh-musuh politik.
Baru-baru ini berlaku satu kes yang menyerlahkan kakitangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak sabar. Mereka menangkap dan menggari seorang pelajar UiTM yang kononnya berjalan dengan pasangannya secara berpeluk di khalayak ramai. Pelajar lelaki itu tidak layak digari, tetapi disebabkan kakitangan JAIS hilang kesabaran apabila tindakan mereka dicabar, maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku. Kes itu menjadi bahan kritikan akhbar.
Sungguh malang kerana di kalangan umat Islam sendiri ramai yangberpendapat bahawa kesabaran itu adalah sifat orang yang lemah. Mereka ini tidak percaya apa yang Allah janjikan kepada mereka. Tidak percaya ertinya tidak beriman. Tidak percaya juga satu kebodohan. Sabar bukannya bererti kita tidak bertindak jika orang lain bertindakjahat terhadap kita. Sabar sebaliknya membolehkan kita bertindak dengan tenang, tidak emosional, tidak tergopoh-gapah serta mematuhi peraturan dan undang-undang.
Selepas menang dalam perang Badar, para pejuang Islam tewas dalam perang Uhud. Puncanya mereka tidak sabar untuk mengutip rampasan perang, lalu melanggar perintah Rasulullah yang berpesan supaya mereka tidak meninggalkan kubu di lereng bukit. Apa bezanya para pejuang Uhud dengan kebanyakan umat Islam hari ini. Kita juga mudah hilang sabar!

ADAB SOLAT MUSLIMAH

ADAB SOLAT MUSLIMAH
bukan shj utk muslimah.. tetapi juga utk muslim supaya boleh di ajar kepada muslimah di sekelilingnya...
wallahu alam

Khas untuk muslimah2 sekelian. Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din . Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.
Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau
(2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana biasa solat berkenaan diterima Allah... umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap yg Esa. 2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada. Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) QIYYAM - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) RUKUK - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) IKTIDAL - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah... " dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) SUJUD - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) DUDUK ANTARA 2 SUJUD - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) BANGUN SELEPAS SUJUD - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) TAHIYYAT - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut"..illaallahh... "

Friday, September 11, 2009

Besarnya Neraka Jahanam

Besarnya Neraka Jahanam

Assalamualaikum Semua...

Besarnya Neraka Jahanam

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.

" Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

" Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu >>yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9.Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah

Mudah-mudahan peringatan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Salam Perkenalan Dan Salam Ukhuwwah

Assalamualaikum.....

Selamat Datang Ke Blog abi_umar....

Wednesday, September 9, 2009

Andainya Rasulullah SAW Datang Ke Rumah Kita

Andainya Rasulullah datang ke rumah kita

"Dan Allah berbuat demikian, untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu."(3:154)
Assalamualaikum warahmatullah….
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat, dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum.....
Tapi barangkali….Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum..... Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa…..Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum.....Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum.....Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita…..Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.Beliau tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ.....Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu? Maafkan kami, ya Rasulullah..... Masihkah beliau tersenyum.....? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.....