Friday, December 4, 2009

Pelaburan Emas Untuk Masa Depan

Simpan Emas Untuk Tunaikan Haji di Mekah



Salam sahabat emas…Beberapa hari yang lepas , seorang pembeli emas dari Kemaman , Terengganu menyatakan beliau ingin mencadangkan kepada ibubapa beliau supaya membeli emas sebagai simpanan untuk menunaikan haji di Mekah.Bila difikir , dikaji dan direnung memang betul dan bijak tindakan beliau.Walaupun beliau masih muda , namun pemikiran jauh ke depan.

Andai kata anda mempunyai duit kertas dengan nilai RM20,000.00 dalam simpanan.Adakah nilai RM20,000.00 akan bertukar menjadi RM40,000.00 , tentu tidak kan.Tapi kalau anda mempunyai emas fizikal dengan nilai RM20,000.00.Adakah nilai emas fizikal yang anda miliki akan menjadi RM40,000 , jawapannya YA kerana purata kenaikkan emas dalam masa setahun adalah 27%.

So jika anda simpan emas fizikal dengan nilai tahun ini . anda tidak perlu bimbang walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat kerana kenaikkan harga emas yang anda miliki boleh mengatasi kenaikkan harga kos menunaikan haji di Mekah.

sekian, jumpa lagi

copy from emaskini

Mas Kahwin & Hantaran

Apabila sampai musim cuti sekolah maka ramai orang buat kenduri kahwin,,, kadang-kadang sampai 3 hingga 4 tempat dalam 1 hari... alangkah eloknya kalau masing-masing jadikan barang hantaran atau mas kahwin tu terdiri dari emas jokong atau dinar sebab nilainya kekal. kalau duit, cepat habis. kalau barang2 seperti kasut, songkit dan lain2 nanti buruk dan rosak... kalau emas insyaallah kekal dan boleh buat waris sampai anak cucu… kalau berminat boleh call kami…





Gambar Ihsan dari Pokli.com

Pelaburan Emas Untuk Masa Depan

Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini sihat dan ceria seperti biasa, cuma terlalu sibuk dengan seminar, training dan kerja.
Tapi Alhamdulillah saya dapat luangkan masa untuk menulis artikel ini dan berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.

Penting nie.. panduan apa yang patut dibuat bila harga emas meningkat dengan banyak. Beli atau tak beli?

Tapi sebelum itu, mari kita lihat prestasi harga emas sekitar tahun 2009. Berapa banyak harga emas dah naik?

Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak 37%

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz

Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie...

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.
Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal. So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?
Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.... hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kenapa harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?
Baiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market. Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia. Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.

Bagi saya buku ini adalah diantara buku yang terbaik mengenai pelaburan emas.
Memang sangat informatif. Bagi sesiapa yang betul-betul berminat mengenai pelaburan emas, buku ini patut dimiliki. Anda boleh beli buku ini kat www.amazon.com

Di dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik(perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.
2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.
3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas
4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

Ok then, selamat membuat pelaburan emas

copy from jutawanemas.com

Elok Melabur Dalam Bentuk Emas



Kenyataan DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu di dalam blognya:

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu.

Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Arkib Utusan Malaysia / 14-11-2009

Wednesday, November 11, 2009

SEKADAR RENUNGAN DAN JADIKAN AMALAN

Dipetik dari Blog Ust Nazri Chik
Source: allgreenislamic.blopspot.com
Saya mendapat kisah berikut daripada email teman-teman di ikram. Amat baik untuk diteladani.

KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
Sering membaca Surah Al-Waqiah
Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
Suka menolong orang Dan memberi derma
Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
Sering bertengkar dengan isteri.
Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini…
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…
Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

Wednesday, November 4, 2009

MARI BERSELOKA 1

Sebuah Seloka:
Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima(lah) Kasih,

MARI BERSELOKA 2

Sebuah SELOKA :
Bertajuk: KITA & AURAT (II)

Seloka pertama sudah dibaca,
Eloklah diamal pemberat neraca,
Lihatlah diri di dalam kaca,
Otak tak usah memikir cerca.

Kita mengamal bukan menunjuk,
Allah beri Hidayah pertunjuk,
Kalau diejek janganlah merajuk,
Ilmuan muktabar tempat merujuk.

Timbanglah fakta nilailah Iman,
Adakah nafsu tak makan saman?,
Degilnya diri pentingkan nyaman,
Agama menyaran kehidupan aman.

Nasihat diberi cukup diplomasi,
Aurat jangan dianggap basi,
Ulamak dahpun beri motivasi,
Rebutlah peluang mengamalkan visi.

Aurat disentuh perlu insafi,
Tak usah amalkan nafsu nafsi,
Demi kehidupan penuh sensasi,
Anggaplah nasihat sepinggan nasi.

Namun begitu tolonglah sabar,
Kalau mengamal Iman berkobar,
Ingatlah kawan telah mencabar,
Tabahkan hati hilangkan debar.

Agama kita agama suci,
Dalam dan luar kita dicuci,
Allah dan Rasul telah perinci,
Nak ingkari nanti dibenci.

Aurat dijaga kebaikan kita,
Untuk mengelak segala derita,
Renunglah selalu akan cerita,
Allah "Israkkan" Nabi kita.

Telah disebutkan dalam sirahNya,
Dalam perjalanan Israk baginda,
Allah perlihatkan contoh derita,
Namun manusia degil hatinya.

Kita berdegil apakah sebabnya?
Iman kita lemah powernya,
Tetapi nafsu kita hyper kuasanya,
Akibatnya kita yang terinaya.

Dicheck Iman, kurus keremping,
Akhirnya kita duduk menyamping,
Nafsu kita ramping dan langsing,
Awas di akhirat! Tidakkah runsing?.

Ulamak dah tegur tak ambil pusing,
Rasakan umur fajar menyingsing,
Akan tetapi senja dah bising,
Tafakkurlah sebentar di tepi dinding.

Malanglah nasib orang bertangguh,
Amalkan Islam tidak bersungguh,
Alim Ulamak dah pukul tabuh,
Fikirkanlah aurat sepanjang tubuh.

Sekian terima(lah) kasih,

MARI BERSELOKA 3

SEBUAH SELOKA
Bertajuk: KITA DAN AURAT(III)

Selamat bersua sekali lagi,
Emak dan anak ceriakan pagi,
Langkah bermula tak mahu rugi,
Orang tersenyum nampakkan gigi.

Kalau beramal kerana Allah,
Apa terjadi tiada masalah,
Bulat tekad menuju arah,
Enak dirasa hati yang pasrah.

Rajin beramal banyak pahala,
Tetap yakin tuju dan hala,
Aurat dijunjung di atas kepala,
Jauhi perangkap elakkan bala.

Utamakan nasihat bertegur sapa,
Kita bersaudara janganlah lupa,
Kita dilahirkan tidak serupa,
Iman dan Taqwa janganlah alpa.

Tegur menegur kewajiban semua,
Allah perintahkan kalau bersua,
Dengan tangan kalau berkuasa,
Atau lisan pun boleh juga.

Namun begitu kalau tak upaya,
Anyamkan di hati maksiat bahaya,
Usah timbul simpati padanya,
Ringankan hati doakan tuannya.

Amalan menegur mesti teruskan,
Tak kira anda apa kedudukan,
Dalam keluargalah diutamakan,
Anak dan isteri mesti dahulukan.

Nasihat diberi biarlah berlapik,
Kita tak usah terus bertempik,
Ingatlah sasaran dan juga objek,
Terapkan Iman pentingkanlah lojik.

Andainya masih tak makan saman,
Doakanlah mereka semoga aman,
Allah tunjukkan mereka jalan,
Nasihat diterima berhati nyaman.

Allahlah sahaja yang Maha Kuasa,
Usahlah kita terlalu memaksa,
Rajin beramal Iman perkasa,
Akhirat nanti dijauhkan seksa.

Tapi saya dah sampaikan semua,
Di akhirat nanti jangan didakwa,
Ana tetap terus mempelawa,
Nanti di akhirat siapa kecewa!.

Keras sangatkah hati kita,
Ini nasihat bukannya auta,
Tapi jangan dianggap dusta,
Allah tahu isi hati kita.

Oleh itu fikirkanlah selalu,
Kita lupakanlah cerita yang lalu,
Ayuhlah melangkah menuju hulu,
Yang! Mulalah tak usah malu.

Sekian terima(lah) kasih.

Sunday, September 13, 2009

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG YANG SABAR

BERITA GEMBIRA UNTUK ORANG YANG SABAR
DI DALAM al-Quran terdapat tidak kurang 94 perkataan `sabar'. Secara mudah hakikat ini menggambarkan betapa sifat sabar amat dituntut supaya dimiliki oleh umat Islam yang beriman.
Dalam surah awal al-Baqarah, perkataan sabar dinyatakan tujuh kali. Antaranya ialah: ``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagaipenolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' - Ayat 153.
``Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' - Ayat 155.
Mualim membangkitkan peri pentingnya sifat sabar ini kerana di zaman ini umat Islam semakin hilang kesabaran sedangkan Allah menuntut kitabersabar. Anda boleh menyaksikan betapa banyak sifat tidak sabar dizahirkan pada setiap hari di sekeliling kita, sama ada dalam perjalanan ke pejabat, di pejabat, kawasan perumahan dan kompleks beli-belah.
Jika anda menunaikan fardu haji, anda juga akan mendapati betapa ramai jemaah haji tidak memiliki sifat sabar. Mereka terlupa atau barang kali tidak mengetahui bahawa Allah sentiasa beserta dengan orang yang sabar. Bagaimana mahu mendapat ibadat haji yang mabrur jika tidak mengendahkan peringatan Allah yang berulang-ulang dalam al-Quran ini. Barangkali mereka hanya membaca al-Quran dalam bahasa Arab dan tidak pernah mengambil tahu maksud ayat-ayatnya.
Sifat sabar ini boleh menghasilkan kemenangan dalam peperangan. Inilah rahsia kemenangan 313 pejuang Islam ke atas lebih 1,000 tentera musyrikin dalam perang Badar. `Hai Nabi (Muhammad), kobarkan semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan 1,000 daripada orang-orang kafir yang tidak mengerti.'' 8:65.
Agak aneh bahawa pada hari ini kesabaran tidak menjadi pegangan kuat umat Islam. Apakah mereka tidak percaya kepada janji2 Allah? Jika begitu, tidaklah mereka tergolong sebagai orang beriman. Tidakkah mereka melihat bahawa sifat sabar telah memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa yang maju di dunia. Lihat sahaja bangsa Jepun yang memiliki daya kesabaran yang tinggi. Cara mereka duduk berlipat kaki berjam-jam sudah menunjukkan betapa mereka ini bangsa yang sabar. Barang kali cara duduk itu juga melatih mereka supaya bersabar.
Peraturan Di jalan raya, orang Jepun sangat sabar mematuhi had laju dan lain-lain peraturan lalu lintas. Mualim yang pernah mengunjungi Jepun sebanyak empat kali, berpeluang menyaksikan kesabaran mereka sama ada ketika bekerja atau lain-lain urusan kehidupan. Para pekerja pengutip sampah akan membersihkan tong sampah sehingga tiada sedikit pun saki-baki. Trak membawa sampah juga dibersihkan sehingga kelihatan seperti trak baru.
Kesabaran menjadi asas ketahanan dan ketekunan mereka dalam menjalankan apa jua kerja. Mualim pernah menaiki bas ekspres selama tiga jam di lebuh raya yang had lajunya hanya 70 km/j bagi kenderaan berat. Tidak sesaat pun bas itu melebih had laju tersebut. Di Malaysia dan kebanyakan negara Arab, para pemandu yang beragama Islam kadang kala berlumba dengan kereta-kereta biasa.
Sebenarnya, orang yang tidak sabar akan mudah melakukan kesilapan dalam apa jua yang mereka lakukan. Mereka lekas marah dan sering kali tidak dapat berfikir dengan waras, apatah lagi bijak. Jika kita mengkaji negara-negara yang kurang maju di dunia, kita akandapati bahawa kebanyakan rakyat mereka tidak mempunyai daya kesabaran yang tinggi. Mereka suka bergaduh dan tidak berdisiplin. Kesabaran sebenarnya adalah disiplin diri yang terbukti menjadi faktor kejayaan. Itulah janji Allah kepada umat yang diberikan kitab al-Quran, tetapi mereka tidak menghiraukannya.
Di kalangan orang-orang Islam yang kononnya mendapat pendidikan agama yang tinggi, sifat tidak sabar juga sering terserlah melalui tutur kata yang tidak sopan dan kesat kerana kemarahan terhadap musuh-musuh politik.
Baru-baru ini berlaku satu kes yang menyerlahkan kakitangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak sabar. Mereka menangkap dan menggari seorang pelajar UiTM yang kononnya berjalan dengan pasangannya secara berpeluk di khalayak ramai. Pelajar lelaki itu tidak layak digari, tetapi disebabkan kakitangan JAIS hilang kesabaran apabila tindakan mereka dicabar, maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku. Kes itu menjadi bahan kritikan akhbar.
Sungguh malang kerana di kalangan umat Islam sendiri ramai yangberpendapat bahawa kesabaran itu adalah sifat orang yang lemah. Mereka ini tidak percaya apa yang Allah janjikan kepada mereka. Tidak percaya ertinya tidak beriman. Tidak percaya juga satu kebodohan. Sabar bukannya bererti kita tidak bertindak jika orang lain bertindakjahat terhadap kita. Sabar sebaliknya membolehkan kita bertindak dengan tenang, tidak emosional, tidak tergopoh-gapah serta mematuhi peraturan dan undang-undang.
Selepas menang dalam perang Badar, para pejuang Islam tewas dalam perang Uhud. Puncanya mereka tidak sabar untuk mengutip rampasan perang, lalu melanggar perintah Rasulullah yang berpesan supaya mereka tidak meninggalkan kubu di lereng bukit. Apa bezanya para pejuang Uhud dengan kebanyakan umat Islam hari ini. Kita juga mudah hilang sabar!